fb fb fb fb fb

LADA optimis capai sasaran tiga juta pelancong ke Langkawi

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan), Ahmad Fuad Che Ani@Abd Ghani

LANGKAWI, 24 Oktober - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kekal optimis mencapai sasaran tiga juta pelancong, menjelang akhir tahun ini.

Berbaki dua bulan terakhir, usaha itu terus dipergiat dengan terdapat 15 acara dirancang di pulau pelancongan itu.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan), Ahmad Fuad Che Ani@Abd Ghani, sehingga September lalu, Langkawi mencatatkan kedatangan pelancong seramai 2.04 juta orang.

Beliau berkata usaha menarik pelancong terus diperhebat dengan kerjasama dari semua pihak termasuk Tourism Malaysia.

"Pelbagai acara yang kita jalankan untuk pelancongan di Langkawi ini. Contohnya, kita ada acara sukan lasak 'paintball', melibatkan 800 penyertaan yang diadakan selama empat malam.

Terdapat 15 lagi acara yang akan diadakan sehingga penghujung tahun ini dan kita jangka untuk capai sasaran tiga juta pelancong, jumlah pelancong yang datang ke pulau Langkawi," kata Ahmad kepada pemberita pada penutup Northern Paintball Super League (NPSL) Grand Finale 2023-Lada Cup di Kompleks Sukan Langkawi.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu menarik penyertaan dari tiga buah negara luar iaitu Singapura, Taiwan dan Australia.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM