fb fb fb fb fb

LADA mahu ketengahkan pelancongan R&D

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berhasrat mengetengahkan pelancongan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi tahun 2024.

TANJUNG RHU, 14 Februari- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berhasrat mengetengahkan pelancongan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi tahun 2024.

Pengurus Bahagian Pelancongan Lada, Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari, ini berdasarkan peningkatan kekerapan kumpulan penyelidikan ke pulau legenda itu bagi pelbagai kajian geologi.

"Kalau untuk pelajar-pelajar di Malaysia yang mengambil bidang geologi, tidak sah tak boleh 'graduate' kalau tak datang ke Langkawi. Meneliti bantuan formasi yang ada di sini. Kerana Langkawi mempunyai batuan yang lengkap pada usia bumi 550 juta tahun ke 250 juta tahun.

"Tahun 2024 ini kalau kita lihat, lepas COVID-19 saja, sikap pelancong berubah. Daripada hanya ingin menikmati keidahan alam, mereka nak ilmu. Yang jarang-jarang dipersembahkan kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini.

LADA sedang giat meningkatkan libat urus bersama institut pengajian tinggi awam dan swasta di peringkat domestik dan antarabangsa bagi mempromosikan pakej pelancongan tersebut.

Produk pelancongan itu juga turut ditawarkan kepada pelbagai organisasi terutama yang melaksanakan usaha memulihara hutan hujan, bakau dan terumbu karang.

Pada masa hadapan, LADA merancang untuk memperkenal pakej pelancongan berkaitan proses fenomena fizik alam di Langkawi bagi tujuan penyelidikan saintifik dan akademik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM