Labuan Berselawat semarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026

FOTO FB JABATAN PENERANGAN WP LABUAN

LABUAN, 14 Februari – Program Labuan Berselawat berlangsung dengan penuh kemeriahan dan penghayatan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 peringkat Labuan, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menyemarakkan semangat cinta kepada Rasulullah SAW dan penghayatan rohani melalui selawat dan ceramah.
  • Memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum melalui aktiviti keagamaan dan kebudayaan setempat.
  • Disertai pemimpin tempatan dan komuniti, menjadikan acara platform penyatuan dan kesyukuran.

Program anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu menghimpunkan ribuan penduduk setempat, selain diadakan di pekarangan Masjid Jamek An-Nur, Labuan.

Penganjurannya bertujuan menyemarakkan semangat cintakan Rasulullah SAW serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Labuan.

Program itu bukan sahaja menjadi platform pengisian rohani, malah turut berperanan sebagai wadah penyatuan komuniti setempat dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.

Pelbagai pengisian menarik seperti bacaan selawat beramai-ramai, ceramah perdana serta persembahan qasidah telah diadakan bagi memeriahkan acara.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.