fb fb fb fb fb

KYPJ tawar pinjaman pengajian kepada pelajar yang layak

KULAI, 26 Mac - Setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) pada tahun ini, akan menerima pinjaman pengajian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Exco Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin berkata, inisiatif itu dijalankan bagi menarik lebih banyak pelajar untuk melanjutkan pengajian ke KYPJ yang merupakan satu-satunya kolej di bawah Kerajaan Johor.

Pada tahun lalu, KYPJ menawarkan pinjaman maksimum sebanyak RM32,000 kepada pelajar yang layak menyambung pelajaran di Kolej Kemahiran Johor (KKJ).

"Ketika ini terdapat 1,800 pelajar di KYPJ dan pada tahun ini kami menyasarkan pelajar kepada 2,100 orang.

"Setakat ini ada 17 bidang di KKJ, termasuklah bidang perhotelan, kulinari, sistem pentadbiran, dan juga bidang engineering. Ada juga bidang-bidang yang menjalinkan kerjasama dengan pihak UTM dan UiTM," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pelajar KYPJ dan sesi Penyampaian Pelajar Terpilih di Kulai, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abu Bakar Mohamed Salleh.

GRACE AISYAH KEDAYAN