fb fb fb fb fb

Kutipan cukai LHDN dijangka melebihi RM185 bilion

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan

CYBERJAYA, 1 November- Sebanyak RM151.489 bilion cukai berjaya dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), setakat 31 Oktober.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin LHDN mampu menerima kutipan cukai berjumlah RM185.02 bilion akhir tahun ini, iaitu meningkat RM10 bilion berbanding tahun lepas.

"Tahun lepas, LHDN melakar pencapaian terbaik dalam sejarah dengan kutipan hasil sebanyak RM175 bilion berbanding RM140 bilion pada 2021," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada warga kerja agensi berkenaan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan gigih ditambah pelbagai inovasi yang telah dilakukan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM