fb fb fb fb fb

KUSKOP peruntuk RM10 juta, galak masyarakat luar bandar ceburi bidang keusahawanan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan

KUALA LUMPUR, 2 April- Sebanyak RM10 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat luar bandar menceburi bidang keusahawan, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata program berkenaan akan dimulakan pada suku kedua tahun ini.

"Isu yang dihadapi memerlukan kami duduk berbincang dengan kerajaan negeri khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai cadangan lokasi dan juga skop projek yang diperlukan. Ini disebabkan semua kawasan luar bandar mempunyai skop projek yang tersendiri."

"Kita mengambil satu pandangan bahawa pogram di luar bandar perlu juga dilaksanakan dan pelaksanaan itu sedang berjalan," kata Datuk Ramanan di Parlimen.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Senator Pele Peter Tinggom berhubung perancangan kementerian bagi menggalakkan lebih banyak program keusahawanan di luar bandar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM