fb fb fb fb fb

Kuota pekerja asing dibuka selepas terima perincian penuh

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Sebarang keputusan mengenai pembukaan kuota pekerja asing akan ditetapkan semula setelah kerajaan mendapat perincian penuh berhubung perkara tersebut.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, ia termasuk berkaitan jumlah kuota pekerja asing yang masih belum memasuki negara serta menerusi hasil program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang akan berakhir prosesnya pada Jun depan.

"Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada Agensi Kawal Selia mengikut sektor, anggaran tenaga kerja yang diperlukan adalah seramai 308,570 orang. Kuota baharu hanya akan dipertimbangkan mengambil kira baki kuota yang masih ada daripada unjuran 15 peratus tenaga kerja .

"Ini selepas pengemaskinian jumlah kuota pekerja asing yang aktif dan RTK 2.0. Baki kuota yang tinggal akan disalurkan kepada sektor atau sub sektor kritikal dan mempunyai impak yang tinggi kepada hasil ekonomi negara," Sim berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang di kemukan wakil Bagan, Lim Guan Eng, di Parlimen

Pada masa sama katanya, kerajaan turut memantapkan lagi rangka kerja pengambilan pekerja asing menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan negara sumber berteraskan kepada prinsip accountability responsibility dan transparency.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hingga 15 Mac lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang, manakala kerajaan masih mengekalkan keputusannya untuk membekukan kelulusan kuota baharu.

Dalam pada itu berhubung jangka masa pekerja asing bekerja dalam negara, Sim memaklumkan setakat ini tempoh yang dibenarkan ialah 10 tahun dan tambahan hingga tiga tahun diberikan.                           

Tempoh tersebut untuk memberi ruang kepada syarikat tempatan meningkatkan kemahiran mereka sebelum menggaji pekerja tempatan.

"Seharusnya, pekerja asing ini bukan penyelesaian jangka panjang, tempoh masa 10 campur tig ini diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk peningkatan kemahiran agar kita boleh memberikan peluang yang lebih baik untuk peniagaan Malaysia berkembang dan kemudiannya mengaji dan mengambil pekerja tempatan," katanya.

TETITIA YUSOFF