fb fb fb fb fb

Kuota pegeluaran benih padi NMR 152 perlu dipertingkat

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang

SEKINCHAN, 26 Disember- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat meningkatkan kuota pengeluaran benih padi NMR 152 yang disifatkan tidak mencukupi buat masa ini.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata kuota tahunannya ketika ini hanya belasan ribu tan metrik di seluruh negara dan terdapat permintaan tinggi daripada petani, terutama di Selangor dan Perak.

"Benih itu menjadi pilihan pesawah kerana padinya berproduktiviti tinggi NMR 152 ini lebih tahan penyakit, lebih tahan cuaca yang ekstrem kemarau ataupun banjir. Jadi, harini kita datang untuk meninjau bagaimana keadaanya.

"Susulan itu, kementerian berhasrat kuota pengeluarannya perlu ditingkatkan sehingga 30 peratus di setiap negeri berbanding hanya 10 hingga 20 peratus ketika ini," katanya ketika pemberita selepas lawatan kerja ke Tapak Projek Penyelidikan Padi NMR 152 di Kampung Sungai Leman.

Katanya, benih NMR 152 mampu mengeluarkan hasil sehingga 10 tan sehektar berbanding purata enam tan sehektar bagi jenis padi lain.

Benih padi NMR 152 adalah hasil penyelidikan 15 tahun oleh Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI menggunakan aplikasi teknologi nuklear dan saringan ketat, selain pemilihan baka khusus mengikut garis panduan Penghasilan Benih Padi Sah Negara.

ROSLINA BINTI DIN