Kumpulan pertama rakyat Malaysia terkandas di Dubai selamat tiba

Rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat susulan ketegangan geopolitik di rantau itu, selamat tiba di tanah air/ BERNAMA

SEPANG, 6 Mac – Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai sejak 28 Februari lalu selamat tiba di tanah air malam tadi menerusi penerbangan Emirates EK342.

RINGKASAN BERITA AI
  • 25 daripadanya merupakan jemaah umrah.
  • Mereka kumpulan terawal dibawa pulang selepas enam hari berada di Dubai berikutan penutupan ruang udara.
  • Penutupan ruang udara berpunca daripada gelombang serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, diikuti serangan balas Tehran.
  • Sekurang-kurangnya lapan negara, termasuk Iran, Iraq, Jordan, Qatar, Bahrain, Kuwait dan UAE, menutup ruang udara.

25 orang daripadanya merupakan jemaah umrah.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada pukul 9.40 malam.

Mereka merupakan kumpulan terawal yang berjaya dibawa pulang selepas enam hari berada di Dubai berikutan penutupan ruang udara susulan konflik di Asia Barat.

Penutupan ruang udara itu berpunca daripada gelombang serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada akhir bulan lalu, disusuli serangan balas Tehran ke atas beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau berkenaan.

Kesan konflik tersebut turut menyebabkan sekurang-kurangnya lapan negara menutup ruang udara masing‑masing, termasuk Iran, Iraq, Jordan, Qatar, Bahrain, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).