fb fb fb fb fb

Kuala Lumpur masih selamat dan boleh dikunjungi - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kuala Lumpur masih selamat dan boleh dikunjungi.

Sehubungan itu orang ramai dan pelancong asing tidak perlu gusar dan bimbang untuk ke ibu negara.

Beliau berkata, pemantauan secara teliti terus dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjamin keselamatan semua pihak.

"Berkenaan tanah mendap itu, kajian teknikal insiden tanah mendap di Jalan Masjid India telah dibuat. Jadi tidak ada masalah. Cuma kawasan yang perlu diperkukuh kita akan laksanakan segera.

"...dan saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Musatafa untuk memantau setiap hari perkembangan itu. Setakat ini belum ada kekurangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Solat Jumaat di Masjid Kubang Semang di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI