fb fb fb fb fb

KTMB tawar tren khas Ekspres Utara sempena Aidilfitri

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Edisi Utara Lambaian Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi kenyataan rasmi, KTMB memaklumkan sebanyak 480 tiket ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,920 tiket sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas ini.

Tambang sehala ditetapkan pada harga RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior.

Tren akan berlepas dari Stesen KL Sentral dan berhenti di beberapa stesen utama, termasuk Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

Tiket boleh didapati mulai esok, pukul 8.00 pagi.

Pengguna dinasihatkan supaya tiba lebih awal di stesen bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi di pintu masuk.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau platform media sosial rasmi KTMB.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE