fb fb fb fb fb

KSN bertemu penduduk terjejas banjir di Kuantan

Foto Facebook Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertemu dengan penduduk terjejas banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuantan, semalam.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan sempat meluangkan masa di beberapa PPS untuk melihat sendiri keadaan penduduk terjejas dan menghulurkan bantuan.

"Saya sempat singgah ke PPS Sekolah Kebangsaan Pandan dan PPS Taman Tas menyantuni dan menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa musibah banjir," menurut hantaran itu.

Shamsul Azri turut mengucapkankan penghargaan kepada petugas dan sukarelawan yang membantu penduduk terjejas banjir di Kuantan.

"Terima kasih kepada seluruh petugas dan sukarelawan yang bertungkus lumus memberikan bantuan. Doa saya moga dipermudah segala urusan dan keselamatan buat kalian," tambah hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI