fb fb fb fb fb

KSN baharu dijangka diumum petang ini

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 7 Ogos - Pejabat Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu menerusi satu kenyataan petang ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal menamatkan kontraknya pada 10 Ogos ini.

"Seperti yang kita semua sedia maklum Tan Sri Mohd Zuki Ali telah lama berkhidmat dan perdana menteri telah merakamkan tahap profesionalisme yang cukup tinggi, komitmen dan semangat setiakwaan yang telah ditunjuk oleh Tan Sri Mohd Zuki Ali, bagi jemaah menteri kami mengucapkan tahniah dan insya-Allah selamat maju jaya," kata Fahmi.

Beliau bercakap dalam sidang media mingguan di Kementeriannya, di sini.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pengumuman pelantikan KSN baharu akan dibuat dalam masa terdekat.

Mohd Zuki dilantik sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos ini.

TETITIA YUSOFF