fb fb fb fb fb

Krisis Myanmar: Malaysia sedia bantu selesai pergolakan

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan- Foto BERNAMA

VIENTIANE, 11 Oktober- Malaysia akan mengambil inisiatif untuk memulakan rundingan dengan Myanmar bagi menyelesaikan pergolakan berterusan di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini setelah junta yang mentadbir negara berkenaan mula berlembut dan memberi isyarat membuka pintu rundingan.

Ia susulan tekanan yang diterima daripada beberapa kumpulan pemisah bersenjata yang melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan, antaranya di wilayah Arakan dan Shan.

Menurut Mohamad, rundingan itu akan dijalankan di peringkat operasi terlebih dahulu sebelum hujung tahun ini.

Kebanyakan usaha penyelesaian masalah di Myanmar akan dijalankan secara rundingan bersama negara ASEAN melalui Konsensus Lima Perkara (5PC), yang menjadi asas yang dipersetujui sejak 2021.

Beliau ditemui media Malaysia yang membuat liputan sidang kemuncak Asean ke 44 dan ke 45 di ibu negara Laos.

Negara-negara anggota ASEAN telah menyuarakan kebimbangan terhadap krisis di Myanmar pada sidang kemuncak itu, yang kini sudah menjadi krisis serantau.

Trainee