fb fb fb fb fb

Krisis Lubnan, kakitangan kedutaan Malaysia diarah pulang

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kakitangan kedutaan Malaysia di Lubnan telah diarahkan pulang sementara ke tanah air dalam masa terdekat berikutan ketegangan yang semakin meruncing di Asia Barat.

Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob berkata dua daripada empat pegawai kerajaan akan meninggalkan Lubnan seawal esok dan Isnin ini.

Ini termasuk seorang wakil Mercy Malaysia.

Sejak awal bulan ini, seramai 22 rakyat Malaysia telah dibawa keluar dari negara tersebut.

Pada 2 Oktober lalu, kerajaan telah mengarahkan agar rakyat Malaysia segera dibawa keluar dari Lubnan.

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Lubnan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali reda dan selamat.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM