fb fb fb fb fb

KPWKM, JAKOA beri khidmat kaunseling untuk keluarga allahyarham Nuraina

Foto Fail/BERNAMA

BANGI, 20 Ogos- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberikan khidmat kaunseling dan bantuan kebajikan kepada keluarga kanak-kanak orang asli, Nuraina Humaira Rosli yang ditemukan mati selepas hilang sejak Jumaat lalu di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata JAKOA bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu keluarga kanak-kanak berkenaan.

"Kita berasa amat sedih dan kita mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan. Di pihak JAKOA, kita telah pun mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga allahyarham termasuk daripada sudut ekonomi dan sebagainya."

"JAKOA tengah merujuk perkara ini dengan JKM, sebab pertama dia adalah anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang kedua kanak-kanak, peruntukan di bawah KPWKM."

"Kita kesan keluarga ini mengalami situasi agak trauma dan kita masih memberikan khidmat kaunseling," kata Datuk Rubiah kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) JAKOA Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023, di sini.

Dalam majlis itu, tiga pelajar cemerlang yan dirai Jazlin Jusoh, Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir dan Ananda Ishwary Solaiah menyatakan keterujaan dan gembira di atas pencapaian mereka.

"Saya merupakan anak kepada penoreh getah dengan suri rumah. Dorongan yang membuatkan saya berjaya adalah pekerjaan ayah saya sebab dia bertungkus-lumus untuk sekolahkan kami enam beradik. Kakak saya pun graduan universiti awam dan ia antara sebab saya bersemangat untik dapatkan keputusan yang lebih baik," kata Jazlin Jusoh, pelajar cemerlang STPM dengan keputusan PNGK 4.00.

"Perasaan saya diraikan seperti ini tentulah sangat gembira. Ini kali pertama saya mendapat tumpuan orang ramai. Sekarang, saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan asasi perubatan," kata Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir, pelajar cemerlang SPM 2023.

"Saya rasa betul-betul gembira sebab saya dapat membahagiakan ibu bapa saya, kakak saya, keluarga saya. Saya dapat membanggakan kaum orang asli. Kampung saya Kampung Orang Asli Erong. Saya gembira sebab membanggakan mereka dengan keputusan STPM saya," kata Ananda Ishwary Solaiah, pelajar cemerlang STPM 2023 yang mendapat PNGK 4.00.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM