fb fb fb fb fb

KPT tidak campur urusan cadangan PTPTN henti pembiayaan

Datuk Seri Dr Zamrby Abdul Kadir

GOMBAK, 17 November- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zamrby Abdul Kadir akan menyerahkan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam memastikan langkah terbaik untuk membiayai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Zambry, beliau menyerahkan perkara itu kepada PTPTN dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak campur tangan berhubung urusan berkenaan.

"Yang sebenarnya kita jangan kira membuat kesimpulan terlebih dahulu kerana PTPTN ini telah melihat semua aspek itu.

"Sebagai contoh, berapa bulan lepas dikeluarkan kenyataan mereka yang langsung tidak pernah bayar pinjaman. Saya ingat itu yang kita berikan penekanan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-40 di sini.

Dalam pada itu Zambry juga memaklumkan PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu berikutan mesyuarat yang telah dilakukan.

Sebelum ini media melaporkan berkenaan cadangan PTPTN untuk meghentikan pembiayaan kepada universiti yang mempunyai rekod bayaran balik rendah selain tidak menggalakkan peminjam melunaskan pinjaman mereka.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan awal terhadap PTPTN mengenai isu tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI