fb fb fb fb fb

KPT kenal pasti keperluan pelajar terjejas banjir

MELAKA, 26 Januari- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti bantuan yang bakal disalurkan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, bantuan yang disalurkan adalah mengikut keperluan pelajar.


(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal)

"Kita tengok apa masalah mereka yang berpunca daripada banjir ini dan bantuan apa yang mereka perlukan, dari segi penempatan mereka yang tidak selesa kita akan tempatkan mereka sementara di satu tempat yang sesuai," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Duta TVET UTeM-Unity yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal.

Hadir sama Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin.

Dalam pada itu, Prof Dr Massila berkata, pihak UTeM sedia mengerakkan pasukan sukarelawan mereka iaitu Tuah Volunteer Team (TVT) dalam membantu keluarga terjejas banjir sekiranya diperlukan.

Media Baharu