fb fb fb fb fb

KPT cadang wujud Universiti TVET di Sabah dan Sarawak

(FOTO FB UMS.official)

KOTA BELUD, 17 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mempertimbang pewujudan Universiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Dato' Mohammad Yusof Apdal berkata, perancangan itu antara usaha memperkasa TVET dengan menyedia lebih banyak institusi untuk pelajar melanjutkan pengajian bidang berkenaan.

Dato' Yusof memaklumkan, TVET merupakan antara pilihan terbaik yang mampu memberi jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Surat Tawaran Universiti Malaysia Sabah kepada salah seorang pelajar di Kampung Tambulion, Kota Belud.

Dalam pada itu, Dato' Yusof memberi jaminan akan memastikan pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan mendapat bantuan sewajarnya untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

"Kita akan jejaki dan bantu.Inilah sasaran kita kepada ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang untuk sentiasa membantu.

"Apa yang berlaku mungkin kerana ibu bapa kurang maklumat", katanya.


(Timbalan Menteri Pengajian tinggi, Da'to Mohammad Yusof Afdal / FOTO FB UMS.official)

Media Baharu