fb fb fb fb fb

KPT berjaya pulihkan 704 projek swasta sakit dan terbengkalai setakat Jun 2024

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos-Sebanyak 704 projek swasta sakit dan terbengkalai berjaya dipulihkan setakat Jun tahun ini.

Ia melibatkan 82,101 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM58.9 bilion

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, langkah proaktif berkenaan dibuat menerusi Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Jelas Kor Ming,ini menunjukan keberkesanan dalam pelaksanaan polisi sedia ada ini dan KPKT akan terus mengambil tindakan penambahbaikan supaya dapat mengurangkan projek-projek yang bermasalah seterusnya menyasarkan tiada lagi projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah mengenai keberkesanan polisi dan undang-undang kementerian sedia ada menangani projek perumahan terbengkalai.

Ke arah itu, kementerian juga sedang memperhalusi Akta 118 bertujuan memperkukuh tindakan dan kawalan untuk menangani isu berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD