fb fb fb fb fb

KPN akan teliti kertas cadangan penstrukturan semula untuk pertimbangan JPA

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

PUTRAJAYA, 16 Januari- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan meneliti kertas cadangan penstrukturan semula bahagian-bahagian untuk pertimbangan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpul maklumat di setiap negeri sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet.

"Kita pun telah berkembang agak besar dan ianya memang akan beri lebih banyak cabaran kepada kita di peringkat kementerian.

"Dan sebab itu satu dari kekangan kita ialah pegawai atau pun sumber manusia yang dapat membantu kita untuk lebih menjayakan semua aktiviti kita yang kita telah rancang, memohon untuk penstrukturan semula kementerian untuk mendapat lebih, bukan saja dari segi staf dari segi struktur, untuk kita fokus pada aktiviti di bawah kementerian sekarang", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

ROSLINA BINTI DIN