fb fb fb fb fb

KPM tubuh enam 'task force', perkasa pendidikan negara

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan

PUTRAJAYA, 4 Mac- Enam pasukan petugas khas (Task Force) diwujudkan bagi memperkasa haluan pendidikan negara pada tahun ini.

Pasukan khas yang ditubuhkan adalah Task Force Prasekolah, Task Force Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain Task Force Intervensi Kurikulum.

Selain itu, Task Force Pendidikan Digital, Task Force Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Task Force Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), turut ditubuhkan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, ia bagi memastikan setiap keberhasilan yang berkualiti dapat dicapai dalam empat perkara utama.

"Kita menegaskan bahawa banyak perkara yang akan dilaksana pada tahun 2024, termasuk usaha memperkukuh bagi memastikan kualiti pendidikan kita pada tahap yang terbaik. Komitmen yang tinggi untuk memastikan tiada seorang pun anak pelajar yang memegang status warganegara, tercicir."

"Banyak program intervensi kita laksana tahun ini termasuk enam pasukan petugas khas yang saya umumkan, berkaitan penekanan dan fokus 2024 melibatkan prasekolah, TVET, digital, STEM dan MBMMBI," kata Azman kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025, di sini.

Beliau berharap semua warga KPM bergerak bersama untuk memastikan semua dasar dan hal-hal operasi dapat diurus dengan sebaiknya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM