fb fb fb fb fb

KPM terus komited tingkat kualiti pendidikan negara ke tahap lebih baik

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited dalam mengangkat kualiti pendidikan negara ke tahap yang lebih baik selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

Sebanyak sembilan kejayaan utama dicatat KPM sepanjang 12 bulan bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan termasuk pelaksanaan pelbagai garis panduan baharu, khususnya dalam kes buli dan gangguan seksual.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata 2024 merupakan tahun yang sangat penting untuk KPM yang meletak sasaran besar untuk menjana lebih banyak reformasi pendidikan.

"Jadi tahun hadapan adalah cabaran sebenar. Jadi setahun ini sudah cukup untuk saya, timbalan dan pasukan saya untuk menguasai semua perjalanan KPM. Tahun depan adalah tahun yang bagi saya lebih mencabar kerana banyak dasar dan polisi yang lebih baik akan kita perkukuhkan. Juga tema yang penting tahun hadapan iaitu tema ruang dan peluang," kata Fadhlina kepada pemberita selepas program Santai Bersama Menteri Pendidikan sempena Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Tambah Fadhlina, sekolah daif juga diberi tumpuan sepanjang 2023 selain menfokuskan kepada kebajikan pelajar khususnya menerusi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Dalam pada itu, KPM Kini dalam rangka kerja pelbagai projek baharu 2024 yang mengandungi tema yang sama dengan usaha baik pulih tandas sekolah.

TETITIA YUSOFF