fb fb fb fb fb

KPM tambah baik 384 pusat kegiatan guru, tingkat kompetensi kemahiran digital pendidik

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Kementerian Pendidikan (KPM) menambah baik 384 pusat kegiatan guru dengan kelengkapan bahan digital bagi meningkatkan kompetensi kemahiran digital warga pendidik dapat dilaksanakan secara efisien.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia bertujuan meningkatkan kompetensi kemahiran digital warga pendidik dapat dilaksana secara efisien.

"Sudah pun berjalan, ia melibatkan fasiliti yang terkait rapat dengan digital dan juga menjadi tumpuan kepada semua program-program aktiviti pembudayaan digital," kata Fadhlina kepada pemberita.

Fadhlina ditemui selepas majlis perasmian Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 dan Pelancaran Mydigitalmaker Fair (MDMF) di ibu negara.

Pada masa sama, Pelantar Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) juga dilancarkan khusus untuk meningkat kompetensi digital guru selain kursus yang disediakan di pelantar DELIMa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM