fb fb fb fb fb

KPM ‘perjuang’ bina baharu dan naik taraf 280 sekolah daif di Sarawak

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi

KUCHING 11 Oktober- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat permohonan membina baharu dan naik taraf 280 sekolah daif di Sarawak untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi berharap dengan kerjasama bersama Jabatan kerja Raya Sarawak sebagai pasukan ianya dapat diselesaikan berikutan Sarawak merupakan antara negeri yang mencatatkan sekolah daif yang banyak.

Jelasnya lagi, sebahagian daripada jumlah tersebut kelak akan dilaksanakan oleh KPM sendiri dan selebihnya akan dilaksanakan agensi pelaksana antaranya Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah dan lain-lain kemudahan di SK Jalan Haji Baki, Padawan, Sarawak dan Sekolah Daif Sarawak (2021) - Pembinaan Gantian dan Tambahan bangunan di SMK Sg. Paoh, Sarikei, di Sekolah kebangsaan Kampung Haji Baki, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim menyarankan agar JKR mengambil contoh negara lain seperti China yang mampu menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh masa yang singkat.

Ujarnya, dengan memendekkan masa sesebuah projek ianya akan menjimatkan kos dan sekaligus memberi peluang kepada projek projek lain untuk dilaksanakan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE