fb fb fb fb fb

KPM laksana pelbagai inisiatif bagi tangani isu pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek / Foto BERNAMA

NILAI, 7 Mei - Kementerian Pendidikan sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu-isu berkaitan pendidikan seperti isu sekolah daif dan penyelenggaraan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pelbagai jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menangani perkara berkenaan.

"Saya sudah pergi dan menyantuni semua peringkat sekolah termasuk di Sabah dan Sarawak, malah kita ada program agenda khas dikenali Susur Tindak Parlimen.

"Program ini akan disusun mengikut isu-isu yg terdapat dalam pendidikan dan tumpuan ketika ini adalah menyelesaikan isu sekolah daif dan memastikan penyelenggaran serta pembangunan murid seperti program hari ini (Karnival Kokurikulum)," katanya demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2024 yang diadakan di sini pada Selasa.

Tambah Fadhlina, program Karnival Kokurikulum merupakan salah satu usaha KPM bagi memastikan murid serta pembangunan anak-anak adalah seiring dengan bidang akademik dan potensi-potensi yang lain.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD