BATU PAHAT, 27 Februari- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memantau penjualan makanan di luar kawasan sekolah yang berisiko membahayakan kesihatan serta keselamatan pelajar.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata penguatkuasaan bawah KPM hanya meliputi radius 40 meter dari pintu utama dan keseluruhan pagar sekolah.
Sementara bagi kawasan di luar had tersebut, tindakan adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sekiranya terdapat aktiviti penjualan oleh penjaja di luar kawasan sekolah, ia tertakluk kepada peraturan PBT dan KKM," katanya selepas Majlis Peluncuran Sekolah Digital di sini hari ini.
Sebagai langkah proaktif, KPM turut menggalakkan pelajar membeli makanan di kantin sekolah sahaja bagi menjamin keselamatan dan kesihatan mereka.
BERITA BERKAITAN
- Tragedi 'gummy': Sentiasa ingatkan anak bahaya makanan - Nancy
- KPKT gesa semua pihak lapor penjualan 'gummy' luar premis sekolah
- PBT Melaka pantau penjualan 'Gummy' mengikut larangan KKM
- Keselamatan kanak-kanak: Larangan ‘gummy’ langkah tepat
- Jenazah kanak-kanak tercekik ‘gummy' selamat dikebumi
- Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah