KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan, berhubung kematian seorang murid tahun empat di dalam tandas sebuah sekolah di Seremban.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga murid yang terlibat.
"Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak polis.
"KPM telah mengaktifkan intervensi sokongan psikososial dalam situasi krisis bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara", katanya.
Beliau turut menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga murid tersebut pada waktu ini.
ARTIKEL BERKAITAN