fb fb fb fb fb

KPM dan KDN kerjasama dalam Program Sekolahku Sejahtera

PUTRAJAYA, 18 Ogos- Dalam usaha memastikan persekitaran sekolah selamat serta bebas masalah disiplin dan aktiviti jenayah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat serta Portal Aduan Buli.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin dan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hamzah Zainudin melancarkan Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan
Selamat serta Portal Aduan Buli)

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin, inisiatif itu antara usaha kerajaan menangani permasalahan disiplin, salah laku murid serta mengenal pasti murid yang mencuba bahan terlarang.

"Pelibatan pihak polis dengan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM manakala pihak AADK terlibat secara langsung dalam melaksanakan ujian saringan urin dan program-program pencegahan penyalahgunaan bahan dan dadah.

"Mesej kita, kita sedang usahakan menjadikan sekolah ni tenpat yang selamat dalam kita berusaha ni adalah paling penting untuk kita semua bersatu dan bersepakat bekerjasama membentuk keadaan dimana semua pihak apabila datang ke sekolah dapat merasakan bahawa sekolah ini adalah satu institusi yang selamat insya-Allah," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran program tersebut bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Putrajaya.

Tambah Datuk Dr. Radzi, portal aduan buli yang dilancarkan tersebut telah mula dibuka untuk sebarang aduan.

Pihaknya juga akan mengambil tindakan segera atas setiap aduan yang diterima dan bekerjsama dengan pihak polis untuk kes-kes berkaitan sekiranya perlu.

Media Baharu