fb fb fb fb fb

KPKT tutup 2,093 tapak sampah haram, pertimbang pinda undang-undang jika berterusan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Sebanyak 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta sepanjang tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata melalui kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), pembasmian tapak sampah haram akan dilaksana di tujuh negeri.

"KPKT melalui SWCORP telah mengenal pasti 'hotspot' dan akan terus buat serbuan pada tapak ini kita akan pakai kamera litar tertutup (CCTV) untuk kenal pasti siapa sebenarnya pihak yang sengaja buang sehingga 800 hingga 1,000 metrik tan sampah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pembersihan dan penutupan tapak pelupusan sampah haram di Jalan Davis, di sini.

Tambah Kor Ming, sekiranya isu melibatkan tapak sampah haram masih berterusan, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk meminda undang-undang supaya kadar denda dilipat gandakan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN