fb fb fb fb fb

KPKT pinda nama kementerian

Foto FB Kementerian

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Nama rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah dipinda kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pindaan itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri 13 Disember 2023 lalu dan nama baharu tersebut akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2].

KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan penyusunan semula nama rasmi baharu itu dilihat menjadi keutamaan Kerajaan MADANI yang memberi tumpuan dalam memastikan penyediaan perumahan mampu milik yang mencukupi dan berkualiti di negara ini.

Penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama KPKT bagi pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk kumpulan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Hala Tuju Strategik melalui pelaksanaan Visi dan Misi KPKT terus diperkasakan menerusi lapan fungsi utama KPKT antaranya Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap dan Pemerkasaan Kerajaan Tempatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM