fb fb fb fb fb

KPKT peruntuk RM11.13 juta naik taraf infrastruktur awam di Kuala Kangsar

Nga Kor Ming ketika Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput

SUNGAI SIPUT, 30 Oktober- Sejumlah RM11.13 juta diperuntuk bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di daerah Kuala Kangsar menerusi Program Sentuhan Kasih KPKT di Perak kali ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukkan tersebut untuk menjayakan 86 buah projek di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Katanya, keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur tersebut merupakan peruntukkan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

"Lawatan saya ke Kampung Simpang Baru Jalong, kita lihat dengan sendiri bagaimana kita berjaya mengubah kehidupan keluarga luar bandar serta membina rumah baharu yang lebih selamat dan selesa atas asas kesejahteraan sebuah keluarga.

"Penduduk kampung yang memerlukan bantuan akan dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK dan JPKKP dan ia akan disemak kelayakan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput.

Pada lawatan kerja itu, Nga turut menyantuni dua keluarga bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Projek Bina Baru Rumah Kampung Baru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE