KUALA LUMPUR, 17 Julai - Pindaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan peraturan-peraturannya diperhalusi semula bagi membolehkan fungsi, tugas dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif melibatkan pengurusan bangunan berstrata.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah berkata, kearah itu beberapa sesi libat urus bersama-sama pemegang taruh dilakukan untuk mendapatkan pandangan serta cadangan berkaitan penambahbaikan akta.
"Berdasarkan rekod semasa iaitu hingga 31 Mei 2024 terdapat 24,385 bangunan berstrata di Semenanjung Malaysia dan Labuan yang keseluruhannya merangkumi 2.8 juta unit rumah. Umumnya,diketahui bahawa bangunan berstrata ini akan terus berkembang dan bertambah.
"Ini selaras dengan perkembangan industri hartanah negara. Justeru, saya amat bersetuju bahawa terdapat keperluan supayaKerajaan menilai semula dan memperkasakan Pesuruhjaya Bangunan dan dijadikan sebagai satu jabatan khusus," kata Aiman menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Wakil Ampang, Rodziah Ismail, di Parlimen.
Katanya, beberapa langkah jangka pendek juga diambil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani isu berkaitan; antaranya pendigitalan pengurusan strata melibatkan perkongsian maklumat pengurusan secara dalam talian serta pemantauan dan penguatkuasaan menangani ketidakpatuhan dan ketulusan pelbagai pihak.