
PUTRAJAYA, 20 Januari – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar 2025 sedia untuk membentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- KPKT bersedia bentangkan semula RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 untuk bacaan kali kedua jika Jemaah Menteri bersetuju.
- RUU ini penting untuk lindungi penduduk B40 dan yang tinggal di bangunan daif, usang dan berbahaya.
- Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 telah dikuatkuasakan, dengan lebih 340 pesalah ditangkap dalam 15 hari.
Menterinya, Nga Kor Ming menegaskan RUU tersebut amat penting, terutama bagi golongan yang terkesan dengan bangunan daif, usang dan merbahaya, termasuk komuniti B40 dan penduduk msikin bandar.
“Niat saya adalah untuk membantu warga penduduk yang terkesan, walaupun hajat belum sepenuhnya tercapai, kami akan terus mencapai kesepakatan kolektif kabinet.
”Sekiranya Jemaah Menteri bersetuju, mesej saya, KPKT sentiasa bersedia,” kata beliau kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2026 di sini hari ini.

Beliau percaya bahawa RUU tersebut merupakan langkah penting bagi memastikan masa depan pembangunan bandar yang lebih terancang dan selamat.
Bacaan kali kedua RUU itu telah dibentangkan pada 28 Ogos lepas, namun tidak dibahaskan dan ditangguhkan ke persidangan akan datang, susulan beberapa kebimbangan dan bantahan daripda ahlia Parlimen Barisan Nasional dan PKR.
Dalam masa sama, Kor Ming turut memaklumkan, susulan penguatkuasaan Printah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, lebih 340 pesalah termasuk warga asing telah ditangkap dalam tempoh 15 hari.
“Sebelum Tahun Baru Cina, mereka akan dijemput menjalani khidmat masyarakat seperti membersihkan jalan, mencuci longkang dan tandas awam tanpa mengira warganegara atau warga asing,” jelasnya.
Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini melibatkan beberapa negeri termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Langkah tersebut bertujuan menangani masalah pembuangan sampah kecil di tempat awam secara lebih berkesan.