fb fb fb fb fb

KPKT basmi 9,640 lokasi sampah haram setakat Mei lalu

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membasmi sebanyak 9,640 lokasi sampah haram di tujuh negeri.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, ia melibatkan 8,502 operasi penguatkuasaan sampah haram dari 2014 hingga Mei lepas.

"Daripada perspektif tahap kesedaran dan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula) dalam kalangan rakyat pula, perkara ini perlu sentiasa diperkasakan.

"Berdasarkan kajian komposisi sisa yang dilaksanakan pada tahun 2023, rakyat Malaysia menjana sebanyak 39,054 tan sisa domestik setiap hari," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Manolan Mohamad di Dewan Negara di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM