fb fb fb fb fb

KPKM beri jaminan bekalan makanan mencukupi

Datuk Seri Mohamad Sabu Majlis Lawatan Dan Menyaksikan Pendaratan Ikan Tuna di Bagan Dalam, Butterworth

BUTTERWORTH, 20 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan asas mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya bersedia menghadapi sebarang risiko berhubung fenomena tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan mungkin akan berlaku sedikit perubahan pada harga barangan sekiranya keadaan mendesak.

"Insya-Allah bekalan makanan dalam Malaysia ini mencukupi, mungkin harga akan berlaku turun naik dan sebagainya.

"Bedasarkan pengalaman lepas, persediaan telah kita lakukan. Jadi persediaan itu mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Majlis Lawatan Dan Menyaksikan Pendaratan Ikan Tuna di Bagan Dalam, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI