KPKM akan bentang langkah tangani risiko krisis di Asia Barat

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

ALOR GAJAH, 12 April – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membentangkan satu langkah segera dan jangka sederhana dalam menangangi risiko berkaitan aktiviti pertananian akan dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) susulan krisis di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan mengambil kira pandangan pemain industri dan persatuan bagi memperkukuh rantaian bekalan makanan ketika krisis.
  • Beberapa langkah dikenal pasti susulan cabaran geopolitik untuk menangani risiko berkaitan aktiviti pertanian.
  • Langkah akan diperincikan dari semasa ke semasa dan dikemukakan kepada mesyuarat serta Kabinet untuk tindakan segera dan jangka sederhana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu turut mengambil kira pandangan pemain industri sebagai langkah untuk membantu negara menghadapi krisis semasa.

“Oleh kerana wujudnya cabaran geopolitik di Asia Barat, beberapa langkah telah dikenal pasti berdasarkan cadangan pemain industri serta persatuan yang berkaitan dengan rantaian bekalan makanan.

“Langkah-langkah tersebut akan diperincikan dari semasa ke semasa berdasarkan isu yang dibangkitkan, dan KPKM akan mengemukakan cadangan kepada mesyuarat serta Kabinet melibatkan tindakan segera dan langkah jangka sederhana.

“Insya-Allah, perkembangan berkaitan akan diumumkan setiap minggu oleh menteri berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Masjid Tanah di sini.