fb fb fb fb fb

KPDN terima 43,347 aduan tahun lepas

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima sebanyak 43,347 aduan berkenaan kepenggunaan tahun lepas.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya 29, 265 aduan.

Justeru Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, tujuh saluran aduan disediakan bagi membolehkan pengguna mengemukakan sebarang aduan berhubung kepenggunaan.

Saluran tersebut termasuk melalui kod QR, aplikasi WhatsApp dan portal E-aduan.

"Sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih, kita melakukan pelbagai usaha dan advokasi supaya berlaku usaha meremajakan sistem aduan dan membuatkan aduan lebih mesra pelanggan.

"Jadi apabila berlaku itu kita lihat dua kali ganda lagi jumlah aduan kerana pengguna merasakan lebih mudah untuk menggunakan saluran aduan yang telah kita siapkan antaranya ialah kod QR," Fuziah menjawab soalan yang dibangkitkan wakil Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa, di Parlimen.

TETITIA YUSOFF