fb fb fb fb fb

KPDN Sarawak buru kenderaan berat bawa diesel seludup

Foto Hiasan

Kuching, 7 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak akan memburu kenderaan berat yang membawa muatan minyak diesel seludup di seluruh negeri.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sarawak Peter J.Berinus Agang berkata, tindakan itu bagi menghentikan aktiviti penyelewengan bekalan barangan kawalan.

Katanya, meskipun kes penyeludupan minyak diesel masih belum serius tetapi KPDN tidak memandang ringan insiden yang membabitkan kes penyeludupan hingga mengakibatkan tumpahan minyak di jalan.

"Menggerakkan pegawai kitalah untuk membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan ketirisan ini dapat dibendung " Peter bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Jualan Rahmah Bergerak di Masjid Jamek Kuching, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan KPDN dalam menangani kes penyeludupan minyak diesel yang berlaku dibandaraya Kuching sejak sebulan lalu.

Dua minggu lepas berlaku tumpahan minyak di atas jalan tengah bandar dan kawasan Siburan berikutan aktiviti penyeludupan minyak.

Insiden terbabit telah mengakibatkan kemalangan jalan raya selain kesesakan lalulintas.

Hadir bagi merasmikan program itu ialah Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai.

Program yang berlangsung dari pukul 8.00 hingga 2.00 petang itu menyaksikan kehadiran lebih 300 pengunjung untuk mendapatkan barang keperluan harian dalam kadar 30 peratus lebih murah.

TETITIA YUSOFF