fb fb fb fb fb

KPDN perluas projek rintis SKDS 2.0

Datuk Dr Stanley Tan

KUALA LUMPUR, 16 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 membantu sembilan jenis kenderaan kepada syarikat-syarikat pengangkutan darat.

Pengarah Kanan, Sektor Barang Kawalan dan Subsidi KPDN Datuk Dr Stanley Tan berkata, sistem SKDS 2.0 menggunakan sistem digital dan dapat mengurangkan ketirisan diesel sebelum ini.

"Menerusi sistem itu, kita akan nampak kekerapan berapa banyak minyak yang diisi. Ia termasuk tarikh masa dan waktu kekerapan pengisian tersebut. Sekiranya ia pengisian dilakukan dalam masa singkat dalam kuantiti yang banyak, kita tahu ia sedang melakukan aktiviti mengumpul minyak.

"Jadi itulah kelebihan dan kebaikan sistem ini. Kita harap dapat membantu penguatkuasa menjalankan tugas dengan lebih efisien," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

Bagaimanapun Pihak syarikat yang belum mendaftar SKDS 2.0 diminta segera berdaftar sebelum ada perubahan harga diesel.

Permohonan untuk SKDS 2.0 ini boleh dibuat melalui http://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Setakat hari ini lebih 21,000 pengangkutan telah mendaftar SKDS ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI