fb fb fb fb fb

KPDN Perak sita 388kg minyak masak disorok pasar raya

Foto: KPDN Perak

IPOH, 11 Julai- Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 388 kilogram (kg) minyak masak paket yang cuba disorokkan, dalam serbuan di sebuah pasar raya di Teluk Intan, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata susulan maklumat serta aduan orang ramai, pihaknya melaksanakan Ops Samar, dan cuba membeli minyak masak di pasar raya itu, namun dimaklumkan bahawa minyak masak paket 1kg telah habis dijual.

Beliau berkata bagaimanapun selepas pemeriksaan menyeluruh, termasuk ke dalam stor simpanan barang pasar raya berkenaan, pihaknya menjumpai masak paket seberat 388kg yang bernilai RM970 itu.

"Satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis, dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI