fb fb fb fb fb

KPDN Perak rampas 940 bungkus biskut guna logo halal tidak sah

FOTO KPDN PERAK

TAIPING, 5 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah menyita 940 bungkusan biskut pelbagai jenis dan 1,800 pelekat serta bungkusan yang menggunakan logo halal tidak sah.

Rampasan dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kilang di daerah Taiping pada Khamis.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kilang tersebut disyaki menggunakan sijil halal yang tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran.

Jelasnya, produk terbabit diedarkan untuk jualan sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Pemeriksaan lanjut mendapati, sijil halal yang dimiliki pemilik kilang juga telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui.

Kes disiasat mengikut Perintah 8(a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE