fb fb fb fb fb

KPDN Negeri Sembilan akan terus pantau harga ayam

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 2 November-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan akan terus memantau harga ayam setiap hari bagi memastikan tiada peniaga yang menjual ayam melebihi harga ditetapkan.

Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan peniaga yang menjual ayam pada harga yang melebihi jualan yang disyorkan.

"Dan kalau sekiranya ada apa-apa aduan boleh disalurkan kepada KPDN supaya mereka boleh membuat pemantauan dan tindakan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau mengulas demikian berikutan kerajaan mengambil langkah menamatkan subsidi ayam berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun, tiada peningkatan harga runcit ayam segar di pasaran Negeri Sembilan dan tinjauan mendapati ayam segar dijual pada harga RM9.40 sen sekilogram sehingga RM9.90 sen sekilogram.

Artikel Berkaitan:
Subsidi ayam tamat hari ini, harga masih terkawal
Subsidi ayam tamat hari ini, penjimatan diguna untuk kebajikan rakyat

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM