fb fb fb fb fb

KPDN Melaka puas hati semakin ramai peniaga pamer tanda harga

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar

AYER KEROH, 29 Mac- Kesedaran meletakkan tanda harga dalam kalangan peniaga di Melaka meningkat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, ia adalah satu kejayaan melalui program-program advokasi yang dijalankan pihaknya sebelum ini.

"Berbanding tahun lepas kita nampak peningkatan yang tinggi di mana peniaga kini sudah mempunyai kesedaran untuk meletakkan harga.

"Bagi kami ia merupakan satu kejayaan, dan peningkatan itu boleh dikatakan sangat ketara terutama pengguna sudah tahu hak-hak mereka, kalau peniaga tidak meletakkan tanda harga, pengguna tidak tidak masuk ke kedai tersebut.

Beliau berkata demikian pada Hari Pertama Ops Samar KPDN di Bazar Aidilfitri MITC, Ayer Keroh.

Pada operasi berkenaan, dua peniaga dikompaun RM200 atas kesalahan gagal mempamer tanda harga dan menggunakan alat timbang tidak ditentusahkan.

Norena berkata di Melaka, 10 pasukan penguat kuasa KPDN akan melaksana pemantauan melalui operasi terbabit sepanjang Ramadan ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE