fb fb fb fb fb

KPDN masih menunggu Kabinet naik taraf status Bahagian Penguat Kuasa kepada jabatan

(Datuk Seri Salahuddin pada Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena
Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51 di Alor Gajah/ FB KPDN Laman Rasmi)

ALOR GAJAH, 17 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menunggu Kabinet untuk menaik taraf status Bahagian Penguat Kuasa KPDN kepada sebuah jabatan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itupenting untuk direalisasikan memandangkan cabaran dihadapi bahagian itu dalam memastikan keterjaminan makanan pasca pandemik COVID-19.

Selain itu, ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyokong penuh usaha itu.

"Ini adalah satu usaha yang saya rasa perlu untuk kami lanjutkan memandangkan peranan dan tanggungjawab penguat kuasa KPDN ini penting dan sangat mencabar. Yang ada pada hari ini bukan mudah selepas dunia dan negara terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 dan dalam tempoh ini semua sedia maklum bahawa keterjaminan makanan itu bukan sekadar mesti ada tetapi kawal selia penguatkuasaan terutama kepada barang-barang bersubsidi itu menjadi semakin penting dan sangat mencabar," katanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasa Tahun 2023 di Kem Permata Resort di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam.


(Datuk Seri Salahuddin merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa
KPDN ke-51dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasa Tahun 2023 Alor Gajah, hari ini)

Salahuddin berkata dengan menaik taraf status daripada bahagian kepada sebuah jabatan, ia juga akan mengangkat martabat kumpulan penguat kuasa kementerian itu.

Sekali gus membantu pasukan berkenaan dalam pelbagai aspek termasuk peruntukan dalam meningkatkan penguatkuasaan.

Ujarnya ketika ini, KPDN bergantung kepada beberapa agensi keselamatan lain terutama di kawasan sempadan dalam melaksanakan risikan.

Justeru, selepas Bahagian Penguat Kuasa dinaik taraf sebagai sebuah jabatan, ia membolehkan Unit Risikan dijadikan sebagai Bahagian Risikan pula.

 

Media Baharu