fb fb fb fb fb

KPDN KL puas hati tahap kepatuhan peniaga

Ariffin Samsudin

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN WPKL) berpuas hati dengan tahap kepatuhan peniaga; setakat tinjauan pada hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina (SHMMP TBC) .

Pengarah KPDN WPKL Ariffin Samsudin berkata, pihaknya optimis peniaga akan terus mematuhi pelaksanaan skim harga tersebut selama sembilan hari bermula hari ini sehingga 14 Februari depan.

Kesemua premis perniagaan dilihat mematuhi pelaksaanaan skim tersebut malah, ada peniaga secara sukarela menjual barangan bawah paras harga kawalan.

"Untuk KPDN WPKL kita akan buat pemantauan setiap hari menggunakan penguatkuasa kita dan pegawai pemantau harga. Saya juga harap orang awam memberi maklumat kepada kita, sebab ini sudah didedahkan dan ada di laman web.

"Kalau tengok harga yang dijual melebihi harga ditetapkan, sila buat aduan kepada KPDN WPKL dan Ibu Pejabat KPDN," katany kepada pemberita dalam sidang media selepas sesi Walkabout Pemeriksaan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Tahun Baru Cina (SHMMP TBC) di sebuah pasaraya di ibu negara.

Peniaga yang gagal mematuhi skim harga barangan terkawal itu bakal berdepan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

10 barang tersebut termasuk Kubis Bulat Import (Indonesia & China, tidak termasuk Kubis Beijing), Ubi Kentang Import (China), Bawang Putih (China), Halia Tua Import, Lobak Putih Import, Lobak Merah, Ikan Bawal Putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor), Udang Putih (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram), Daging Babi (Perut) dan Daging Babi (Daging dan Lemak).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI