fb fb fb fb fb

KPDN cadang Kad Siswa diwujudkan kembali

SERI ISKANDAR, 17 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar Kad Siswa dapat diwujudkan kembali bagi membantu mengurangkan beban pelajar.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan memanjangkan perkara tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Fokus kementerian ketika ini adalah untuk terus menggerakan program Rahmah di seluruh negara termasuk yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

"Itu nanti kita boleh bincang nanti dengan pihak Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi, itu di luar bidang kuasa saya tapi ideanya itu boleh dipanjangkan.

"Sebagaimana kita telah buat banyak program-program Rahmah termasuk untuk siswa...memudahkan mereka mendapatkan makanan mereka di universiti," katanya.

(Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Townhall bersama rakyat di Universiti Teknologi Mara (UITM), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata Jualan Rahmah akan diperluaskan ke setiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), dua kali sebulan.

Langkah itu diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dengan harga yang rendah.

Media Baharu