fb fb fb fb fb

KPDN berjaya selesaikan 217 aduan, menerusi platform Aduan Suri sehingga April 2024

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan

SEREMBAN, 14 Mei- Sebanyak 217 aduan melalui platform Aduan Suri berjaya diselesaikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dari Januari sehingga 30 April lepas.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, tujuan platform aduan itu dilaksana adalah untuk membantu golongan suri rumah agar dapat menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan.

"Dalam konteks aduan di KPDN Negeri Sembilan daripada 231 aduan kami terima melalui Aduan Suri, 217 aduan telah diselesaikan. Manakala, baki empat aduan sedang dalam tindakan KPDN Negeri Sembilan.

"Ini kerana polisi dan dasar aduan bagi KPDN adalah semua aduan yang diterima adalah yang masuk, kita mulakan siasatan dalam tempoh 24 jam", katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, bagi tempoh sama, KPDN Negeri Sembilan juga telah merekodkan sebanyak 479 aduan kepenggunaan dan 443 daripadanya berjaya diselesaikan.

Aduan berkaitan harga barangan merupakan aduan tertinggi diterima iaitu sebanyak 135 aduan, diikuti aduan mengenai transaksi dalam talian dan perkhidmatan mengelirukan masing-masing sebanyak 123 serta 58 aduan.

ROSLINA BINTI DIN