fb fb fb fb fb

Kota MADANI fokus kemudahan asas menyeluruh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan konsep Kota MADANI. / FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Konsep Kota MADANI menekankan kemudahan asas menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

”Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.

“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” katanya.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN