fb fb fb fb fb

Kos stadium baharu ditanggung KDA FC, tidak guna duit kerajaan negeri -MB Kedah

 



ALOR SETAR, 16 Februari- Pembinaan stadium baharu bernilai RM70 juta di Sungai Petani tidak menggunakan dana kerajaan negeri, menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Justeru katanya, rakyat di negeri itu tidak perlu bimbang disebabkan kos berkenaan akan ditanggung sendiri oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC

Jelasnya, pembinaan stadium tersebut yang memfokuskan kepada fasiliti dan padang latihan skuad Sang Kenari adalah melalui dana KDA FC dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang menyediakan tapak tanah.KDA FC sendiri bersama rakan strategiknya.

"Pengambilan tanah untuk pembinaan stadium telah diambil oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani namun terbiar sejak beberapa tahun lalu.

"KDA FC telah memberikan cadangan untuk membina stadium atau tempat latihan sendiri. Saya kata boleh dengan kerjasama kelab tersebut dengan MPSPK.

"Tanah milik MPSPK dan dana pembinaan pula daripada KDA FC. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan dana bina stadium," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Widad K-League 2022 di Mentaloon, di sini sini pada Rabu.

Beliau berkata, sehubungan itu, beliau berharap ia sekali gus menangkis dakwaan dan komen segelintir rakyat negeri ini di media sosial yang meminta kerajaan Kedah mengutamakan kebajikan rakyat berbanding membina stadium tersebut.

"Tidak timbul soal kerajaan negeri memberi tumpuan untuk membina stadium tersebut dengan malakukan penyelesaian jangka pendek termasuk dakwaan gangguan bekalan air di negeri itu tidak dihiraukan kerana mahu fokus tanggung kos," katanya

Sebelum ini, KDA FC menerusi laman web rasmi mereka memuat naik satu dokumen 'Club Prospectus 2022,' yang menyatakan bahawa kelab itu mempunyai
projek masa hadapan bagi membina sebuah stadium baharu bernilai RM70 juta

Selain stadium berkenaan, sebuah tempat latihan juga akan dibina membabitkan kos sebanyak RM20 juta.








Media Baharu